Berminat dengan bagaimana skrin kekunci pada BlackBerry 10 berfungsi? Kini, para pengguna Android 4.1 Jelly Bean turut sama boleh menikmati sokongan sama, apabila komuniti pembangun bebas menghasilkan sokongan untuknya.
Sokongan skrin kekunci tersebut diinspirasikan daripada apa yang ditawarkan pada BlackBerry 10, yang mana hanya akan ditawarkan melalui peranti daripada RIM pada tahun hadapan. Terlebih dahulu, daripada apa yang diperlihatkan sebelum ini pada beberapa acara BlackBerry Jam, kini fungsi tersebut hadir ke Android 4.1 Jelly Bean dan juga Android 4.0 Ice Cream Sandwich.
Jadi, bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan ia terus daripada laman XDA, dan seperti biasa, memandangkan ia adalah dibangunkan berdasarkan hobi, maka tiada sebarang sokongan disediakan, melainkan daripada komuniti melalui forum XDA.