GMail Kini Merupakan Email Paling Popular Digunakan Di Dunia

GMail Kini Merupakan Email Paling Popular Digunakan Di Dunia

Diterbitkan pada November 1, 2012 oleh .

Google sebelum ini, pada bulan Jun yang lepas telah mengatakan mereka merupakan penyedia emel terbesar dunia dengan lebih 425 juta pengguna aktif. Tetapi ketika itu, data pihak ketiga tidak memihak kepada mereka. Kini, ia tidak lagi, apabila mengikut ComScore, Google memegang takhta melalui GMail.

Daripada data yang dikeluarkan, GMail kini kelihatan mendahului Hotmail dan juga Yahoo! Mail dalam pasaran dunia. Ia masih tidak pasti sama ada Hotmail menyertakan pengiraan Outlook yang diperkenalkan oleh Microsoft baru-baru ini ataupun tidak.

Namun, apa yang menariknya, adalah bagaimana pilihan identiti akan menjadi fokus utama selepas ini. Google melalui Android, mempromosikan penggunaan identiti Google mereka, dan sebaliknya, Microsoft melalui Windows 8, kini mempromosikan penggunaan Microsoft Account. Jadi, siapakah yang akan mendahului pasaran dalam tahun-tahun akan datang?


TIPS & ULASAN