Pengasas MegaUpload Mengumumkan Nama Domain Baru – Me.ga

Pengasas MegaUpload Mengumumkan Nama Domain Baru – Me.ga

Diterbitkan pada November 1, 2012 oleh .

Projek terbaru daripada Kim Dotcom, iaitu pengasas laman perkongsian terkemuka, MegaUpload, kini setelah berkongsi beberapa maklumat berkaitan projek akan datang mereka, kini mengumumkan alamat URL baru yang bakal digunakan, iaitu Me.ga.

Daripada laman tersebut, ia memperlihatkan logo Mega, dan mengatakan ia bakal mengubah dunia pada 20 Januari kelak. Pada masa yang sama, Me.ga ini dikatakan lebih besar, pantas, dan selamat berbanding perkhidmatan sebelum ini.

Me.ga juga menyenaraikan beberapa info tambahan, termasuk bagaimana ia bakal berfungsi kelak, dan bagaimana menjadi rakan kerjasama, dari segi penggunaan API mahupun rakan kerjasama untuk hosting.


TIPS & ULASAN