Hanya Beta Dan Versi Akhir Sahaja Akan Hadir Untuk Ubuntu 13.04

Hanya Beta Dan Versi Akhir Sahaja Akan Hadir Untuk Ubuntu 13.04

Diterbitkan pada November 1, 2012 oleh .

Pihak Canonical, sebelum ini telah mengumumkan yang mana mereka ingin membangunkan Ubuntu secara dalaman sebelum ini, dan mengumumkan pelbagai fungsi baru pada pelancaran akhirnya. Lanjutan daripada itu, kini jadual pembangunan dan pelancaran juga dikemaskini untuk pembangunan Ubuntu 13.04.

Daripada pengumuman terkini, semua versi pembangunan tidak lagi akan dikeluarkan seperti sebelumnya, dimana versi alpha, RC dan sebagainya, tetapi hanya akan mengeluarkan sistem operasi terbaru itu dua kali, iaitu Ubuntu 13.04 Beta, dan juga versi akhirnya.

Namun, perkara ini hanya meliputi Ubuntu 13.04 sahaja, dan tidak melibatkan versi lain, seperti Kubuntu, Xubuntu dan sebagainya.

Ubuntu 13.04 yang dikenali dengan nama Raring Ringtail bakal dilancarkan secara rasmi oleh Canonical pada 25 April 2013 kelak.


TIPS & ULASAN