Android Kini Memegang Lebih 52.49% Pasaran Peranti Mudah-Alih Di Malaysia

Android Kini Memegang Lebih 52.49% Pasaran Peranti Mudah-Alih Di Malaysia

Diterbitkan pada November 1, 2012 oleh .

Sementara platform lain menghadapi masalah dalam mengukuhkan kedudukan mereka di Malaysia, Android seperti tidak mempunyai sebarang masalah, dimana ia terus memperlihatkan peningkatan positif dari bulan ke bulan, kini mencapai angka 52.49%.

Berbanding dengan pesaing terdekat, iOS kelihatan semakin kurang popular, berkemungkinan kerana ramai yang beralih dan mencuba platform baru, mahupun mungkin kerana iPhone 5 yang masih belum dilancarkan di rantau ini.

Daripada data yang dikongsikan pihak StatCounter untuk bulan Oktober, ia kelihatan Symbian menduduki tangga kedua dengan pegangan sebanyak 11.99%, dan diikuti oleh iOS pada tangga ketiga dengan pegangan sebanyak 11.91%. Mungkin sekiranya iPhone 5 memasuki pasaran Malaysia pada bulan ini, kita akan dapat melihat peningkatan pada penggunaan iOS, sekaligus melangkaui Symbian untuk menduduki tangga kedua.


TIPS & ULASAN