Assassin’s Creed 3 Mula Dijual Di Pasaran Tempatan Untuk Pengguna Xbox 360 Dan PS3

Assassin’s Creed 3 Mula Dijual Di Pasaran Tempatan Untuk Pengguna Xbox 360 Dan PS3

Diterbitkan pada November 1, 2012 oleh .

Nampaknya, bulan ini, bulan yang agak mencabar bagi para peminat permainan video, dimana selain daripada Need for Speed : Most Wanted yang mula dijual dipasaran tempatan pada minggu ini, permainan RPG yang dinantikan, Assassin’s Creed 3 juga memulakan jualannya.

Assassin’s Creed 3 mengambil latar masa ketika Revolusi Amerika, sekitar tahun 1753 hingga 1783, selain turut menyertakan sebahagian permainan dalam masa sekarang – dimana pemain perlu mengelakkan daripada berlaku permasalahan pada tahun 2012. Assassin’s Creed 3 juga merupakan versi permainan pertamanya yang menggunakan enjin permainan Anvil Next.

Buat masa ini, Assassin’s Creed 3 ini hanya ditawarkan untuk para pengguna konsol PlayStation 3 dan juga Xbox 360, dengan versi PC dijangka akan menyusul pada penghujung bulan ini.


TIPS & ULASAN