Cari @ Amanz

Salah satu komen yang sering diterima daripada beberapa pengguna iOS adalah dimana mereka mula rasa bosan dengan antaramuka iOS yang tidak berubah sejak dari dulu lagi. Jadi, bagaimanakah sekiranya ia diubah dengan menyertakan fungsi seumpama kebolehan mengubah saiz Tiles pada Windows Phone?

Inspirasi hasil gabungan Android dan Windows PhoneSeorang perekabentuk, kini hadir dengan sebuah video konsep, memperlihatkan sokongan untuk membolehkan ikon aplikasi diubah menjadi widget dengan mudah, dengan hanya mengubah saiz paparannya pada skrin utama. Daripada apa yang diperlihatkan, ia membolehkan pengguna mengubah sebuah ikon, secara automatik menjadi widget, dengan hanya mengubah saiz padanya.

Namun, ia hanya sekadar konsep sahaja buat masa ini. Mungkin kita akan melihat komuniti jailbreak hadir dengan sesuatu seumpamanya, dan mungkin juga tidak.

Jadi, bagi anda, adakah anda akan gemari sekiranya peranti iOS anda hadir dengan fungsi seumpamanya?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd