Rovio Memperlihatkan Video Bentuk Permainan Angry Birds Star Wars

Rovio Memperlihatkan Video Bentuk Permainan Angry Birds Star Wars

Diterbitkan pada November 1, 2012 oleh .

Dengan seminggu lagi sebelum dilancarkan, kini Rovio mengeluarkan video promosi terbaru yang memperlihatkan bentuk permainan Angry Birds Star Wars, yang mana membawakan beberapa watak daripada filem Star Wars ke permainan popular tersebut.

Daripada video yang diperlihatkan, ia menunjukkan gaya permainan yang lebih kurang sama seperti Angry Birds Space, dan cuma menambah watak-watak Star Wars yang boleh dimainkan, termasuk watak R2-D2 dan juga C-3PO, dimana masing-masing menyertakan kelebihan watak tersendiri.

Namun, dengan pelbagai lambakan versi permainan Angry Birds, adakah ia akan berjaya menarik pemain untuk memainkannya? Rovio bakal melancarkan Angry Birds Star Wars untuk semua platform utama pada 8 November ini.


TIPS & ULASAN