Walaupun ia masih tidak diketahui bilakah Nexus 4 akan hadir ke Malaysia, namun, ia tidak menghentikan berlakunya ketirisan fail sistem untuk Nexus 4, sekaligus memberikan peluang kepada para pembangun untuk bermain dengan beberapa aplikasi dan fungsi tambahan yang didatangkan dengan Android 4.2.
Sekiranya anda ingat, sebelum ini, ketika perkara sama berlaku pada versi Android 4.1 Jelly Bean, ia tidak mengambil masa yang lama sebelum pembangun hadir dengan beberapa variasi yang dioptimasikan untuk setiap peranti. Mungkin perkara sama akan berlaku, membolehkan beberapa peranti utama, seperti Galaxy Nexus menerima sokongan Android 4.2 lebih awal daripada apa yang dinantikan.
Bersama-sama fail sistem yang tertiris, ia turut membawakan beberapa bunyi baru, selain gambar wallpaper pada Android 4.2.
- Muat Turun
- Dapatkan fail sistem Nexus 4 (Android 4.2)