Adakan Ini Peranti Berspesikasi Tinggi Daripada Sony?

Adakan Ini Peranti Berspesikasi Tinggi Daripada Sony?

Diterbitkan pada November 2, 2012 oleh .

Info mengenai peranti Sony berspesifikasi tinggi, yang dipanggil Odin bukanlah sesuatu yang baru, dimana telah kedengaran sejak beberapa minggu yang lepas. Kini, sebuah gambar kelihatan diarena web, dikatakan sebagai rekabentuk akhir untuk peranti berkenaan.

Mengikut ura-ura awal, ia dikatakan peranti terbaru daripada Sony ini bakal membawakan cip pemprosesan empat-teras Snapdragon S4 Pro, serta paparan 1080p padanya.

Ia masih tidak diketahui adakah ianya merupakan rekabentuk sebenar ataupun sebaliknya. Namun, gambar yang diperlihatkan ini menepati pelbagai ura-ura yang kedengaran sebelum ini.

Daripada laporan sebelum-sebelum ini, ia dikatakan Sony hanya akan melancarkannya pada awal tahun 2013 kelak. Sekiranya benar, mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya pada CES 2013 ataupun MWC pada bulan Februari kelak.


TIPS & ULASAN