Carian
Time Menyenaraikan Google Glass Sebagai Salah Satu Ciptaan Terbaik Tahun 2012
November 2, 2012 Aman

Setiap tahun Time akan hadir dengan senarai ciptaan terbaik, dan untuk tahun ini, Time.com telah pun mengeluarkan senarai ciptaan terbaik sepanjang tahun 2012, dimana menyenaraikan beberapa projek menarik, dan salah satunya adalah projek Glass yang diperkenalkan oleh pihak Google sebelum ini.

Google Glass merupakan kaca mata pintar yang sedang dibangunkan oleh Google, mengintegrasikan pelbagai fungsi menarik, membolehkan para pengguna mengawal aktivit mereka, disamping membuat panggilan video, menyemak kalendar, emel, serta berkongsi gambar dan video dengan mudah. Google sendiri sebelum ini beberapa kali telah mendemonstrasikan Google Glass ini, termasuk ketika Google I/O sebelum ini.

Mengikut latar pembangunannya, ia dijangka akan diterima oleh para pembangun pada tahun hadapan (2013), sebelum dipasarkan kepada pengguna sekitar 2014 kelak.

Selain daripada Project Glass daripada Google, antara inovasi dan ciptaan lain yang turut disenaraikan oleh Time adalah termasuk Curiosity Rover, Sony RX100, dan beberapa projek lain lagi.

Komen