Cari @ Amanz

Google Malaysia, seperti pada bulan-bulan lepas, telah pun mengeluarkan senarai carian terhangat pada bulan Oktober 2012, yang mana untuk bulan tersebut, ia kelihatan para pengguna tempatan lebih banyak membuat carian berkaitan dengan hiburan, berbanding carian yang lain.

1) iPad Mini
Apple pada bulan lepas telah pun memperkenalkan tablet terbaru bersaiz 7.9-inci mereka, yang mana membawakan beberapa ciri-ciri baru, termasuk sokongan Lightning dan sebagainya. Ia masih lagi belum mula dijual di Malaysia, dan dijangka akan ditawarkan dalam masa sebulan dua lagi.

2) Aku Terima Nikahnya
Nora Danish memegang watak sebagai seorang isteri yang setia kepada suaminya yang menghidap amnesia dalam filem romantik yang mula ditayangkan di pawagam seluruh Negara pada 11 Oktober.

3) Nabila Huda
Pelakon yang juga anak kepada lagenda rock negara, Amy Search, menghadapi kontroversi tersendiri apabila ramai yang mempersoalkan gaun yang dipakainya ke Anugerah Blockbuster 2012.

4) Raja Ema
Pelakon dan penyanyi popular era 80-an itu kembali mendapat perhatian setelah gambar terbarunya tersebar di sebuah majalah.

5) Genneva Malaysia
Orang ramai mengikuti perkembangan syarikat perdagangan emas yang kini disiasat oleh Bank Negara.

6) Johnny Depp
Para peminat pelakon tersebut menyampaikan ucapan takziah di Twitter dengan hashtag #RIPJohnnyDepp. Ia adalah satu lagi ‘prank’ selebriti, dimana aktor tersebut sebenarnya sihat dan sedang sibuk menjalani penggambaran.

7) Hantu Kapcai
Filem seram komedi tempatan lakonan Zizan Razak, Fizz Fairuz, Remy Ishak and Neelofa, mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula daripada 27 September yang lepas, yang mana seperti kebanyakkan filem akhir-akhir ini, membawakan genre komedi-seram-rempit.

8) Taken 2
Liam Neeson memegang watak sebagai seorang pesara CIA dimana isterinya telah diculik. File mini mula ditayangkan pada 4 Oktober.

9) Highs and Lows
Peminat drama bersiri Hong Kong ini kelihatan mempunyai peminatnya tersendiri di Malaysia, dimana Google digunakan bukan sahaja untuk mencari info berkaitan dengan drama tersebut, tetapi turut untuk mencari episod-episod yang terlepas oleh peminatnya.

10) Izara Aishah
Salah satu video yang memperlihatkan pelakon muda ini menari telah mula tersebar di arena internet, yang mana merupakan salah satu projek akhir tahun pelaon tersebut ketika menuntut di Universiti.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd