Tiga daripada empat peranti yang terjual adalah peranti Android
Jikalau semalam kita lihat statistik penggunaan peranti di Malaysia, kini IDC pula telah mengeluarkan statistik pengeluaran dan jualan telefon pintar untuk suku tahun lepas, memperlihatkan Android menduduki tangga pertama dengan pegangan pasaran sebanyak 75%.
Perkara ini sekaligus meletakkan Android jauh dihadapan platform pintar yang lain, diikuti oleh iOS pada tangga kedua dan juga BlackBerry pada tangga ketiga.
Daripada data yang dikeluarkan juga, antara platform yang mengalami pertumbuhan positif selain daripada Android, adalah iOS dan juga Windows Phone, manakala kebanyakkan yang lain mengalami penurunan apabila dibandingkan dengan tahun-tahun lepas.
Dengan pengenalan iPhone 5 pada bulan September lepas, mungkin angka pada suku tahun keempat kelak akan mengalami sedikit pertumbuhan, manakala untuk BlackBerry pula, RIM hanya akan memperkenalkan peranti terbaru mereka pada tahun awal tahun hadapan.
Windows Phone turut dijangka mengalami pertumbuhan positif, apatah lagi dengan Nokia, Samsung dan HTC yang bakal memulakan jualan peranti Windows Phone 8 mereka bermula pada bulan ini.