Dengan hanya lebih sebulan sejak Galaxy Note 2 dilancarkan, kini Samsung telah pun mengeluarkan angka jualan rasmi untuk peranti bersaiz 5.5-inci tersebut, yang mana sehingga kini telah terjual sebanyak lebih 3 juta unit seluruh dunia.
Cip | Empat-Teras 1.6GHz |
Memori | 2GB RAM |
Storan Terbina | 16GB + mikro-SD (~64GB) |
Skrin | 5.5-inci HD Super AMOLED (1280×720) |
Kamera | Belakang 8MP, Hadapan 1.9MP |
Bateri | 3,100 mAh Li-on |
Lain-lain | Stylus S-Pen, NFC (S-Beam), Bluetooth 4.0, mHL |
Di Malaysia, peranti ini telah mula dijual sejak daripada pertengahan Oktober yang lepas, dimana ditawarkan oleh Maxis, Celcom dan juga DiGi melalui pakej mereka masing-masing. Pengguna juga turut sama boleh mendapatkan ia secara berasingan daripada pengedar rasmi Samsung pada harga RM2299.
Galaxy Note 2 membawakan rekabentuk yang menyerupai Galaxy S3, dengan skrin bersaiz 5.5-inci serta sokongan stylus melalui S-Pen. Ia turut sama merupakan antara peranti Jelly Bean terawal daripada Samsung, selain membawakan beberapa fungsi menarik, termasuk sokongan multi-view dan sebagainya.