Carian
Microsoft Sedang Menguji Rekabentuk Telefon Pintar Surface Dengan Pengeluar Komponen Di Asia
November 2, 2012 Aman

Ura-ura mengenai telefon Surface daripada Microsoft bukanlah sesuatu yang baru, dan kini Wall Street Journal turut melaporkan perkara sama, menambah dengan mengatakan kini sedang bekerjasama dengan pengeluar komponen di Asia dalam menguji rekabentuk telefon pintar mereka.

Ia diperkatakan telefon pintar yang dibangunkan terus oleh pihak Microsoft itu kelak akan bersaiz antara 4 hingga 5-inci, dan seperti semua sedia ketahui, ia akan menjalankan Windows Phone 8 padanya.

Microsoft masih tidak mengatakan apa-apa mengenainya buat masa ini, namun dengan Microsoft yang kini memfokuskan kepada pengeluaran peranti dan perkakasan elektronik, mungkin kita akan dapat melihat telefon pintar rasmi daripada Microsoft pada tahun hadapan.

Komen