Cari @ Amanz

Android, walaupun menawarkan pelbagai fungsi menarik padanya, namun salah satu masalah yang dihadapi pada platform mudah-alih terkemuka tersebut adalah berkenaan kemaskini yang lambat diperkenalkan kepada sesuatu peranti, memandangkan setiap pengeluar mengubah-suai antaramuka dan sebagainya untuk selari dengan peranti dan penjenamaan mereka.

Daripada angka bulanan baru yang dikeluarkan oleh Google, ia kelihatan buat masa ini, Android 4.1 Jelly Bean hanya digunakan pada 2.7% peranti Android seluruh dunia, manakala versi yang masih kekal popular buat masa ini adalah Android 2.3 Gingerbread dengan peratus penggunaan sekitar 54.2%.

Android Ice Cream Sandwich pula menduduki tangga kedua dengan penggunaan sebanyak 25.8%. Dari arah positifnya, ia kelihatan penggunaan Android 4.0 dan juga Android 4.1 meningkat positif dari bulan ke bulan, sekaligus memudahkan pengguna membangunkan aplikasi yang lebih dioptimasikan untuknya.

Terbaru, Google telah pun mengeluarkan Android 4.2 Jelly Bean yang menyertakan beberapa perkara baru, termasuk sokongan rakaman panorama dalam bentuk 360-darjah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd