Dengan pelbagai masalah yang diperkatakan pada iOS 6 sebelum ini, kini Apple telah pun mula mengatasi beberapa perkara padanya, dengan memperkenalkan kemaskini iOS 6.0.1 kepada para pengguna iPhone, iPod Touch dan juga iPad.
Melalui kemaskini ini, ia mengatasi masalah lajur yang hadir pada papan kekunci atas-skrin di beberapa peranti iOS, mengatasi masalah yang membuatkan flash pada kamera yang tidak boleh dmatikan, dan beberapa perkara lain lagi.
Ia turut meningkatkan kestabilan sokongan rangkaian apabila iPhone 5 dan juga iPod Touch apabila dihubungkan ke WiFi. Untuk para pengguna iPhone 5, ia turut membawakan kemaskini yang membolehkan para pengguna mengemaskini perisian melalui OTA.
Memandangkan masalah iPhone 5 yang mempunyai masalah tidak boleh memuat-turun melalui OTA, maka penggunanya perlu memuat-turun sebuah patch khas sebelum dapat memuat-turun iOS 6.0.1 ini.
Selain daripada kemaskini iOS 6.0.1, pihak Apple juga turut sama telah mengeluarkan iOS 6.1 Beta untuk para pembangun mengujinya terlebih dahulu, sebelum ia dilancarkan kepada pengguna umum.