Hexxeh Memperlihatkan Nexus 7 Menjalankan Chromium OS

Hexxeh Memperlihatkan Nexus 7 Menjalankan Chromium OS

Diterbitkan pada November 2, 2012 oleh .

Jikalau sebelum ini, Canonical menawarkan kebolehan untuk para pengguna Nexus 7 memasang Ubuntu pada peranti mereka, kini, Hexxeh yang terkenal dengan mengodam Chromium OS, memperlihatkan kebolehan untuk sistem operasi berasaskan pelayar web itu dijalankan pada Nexus 7.

Ia masih lagi tidak diketahui bilakah mod ini akan diperkenalkan kepada pengguna Nexus 7, memandangkan Hexxeh hanya mengatakan beliau melakukannya pada masa terluang.

Daripada video yang dimuat-naik olehnya, ia memperlihatkan Chromium OS pada Nexus 7 berfungsi dengan baik, dimana menyokong input melalui skrin sentuh, dan paparan yang dioptimasikan padanya.

Namun bagi kami sendiri, ia kelihatan agak kurang sesuai untuk digunakan pada Nexus 7 buat masa ini.


TIPS & ULASAN