HTC One X+ telah diumumkan sebelum ini oleh pihak HTC, dan hari ini, ia secara rasminya dilancarkan untuk rantau ini, sekaligus diketahui yang mana HTC Malaysia akan memulakan jualan peranti tersebut dalam beberapa minggu lagi.
Cip | NVIDIA Tegra 3 1.7GHz (empat-teras) |
Memori | 1GB RAM |
Storan Terbina | 64GB |
Skrin | 4.7-inci Super LCD2 |
Kamera | 8-megapixel (belakang), 1.6-megapixel (hadapan) |
Bateri | 2,100 mAh |
Lain-lain | Beats Audio, HTC ImageChip, GPS GLONASS |
HTC One X+, seperti pada namanya, ia merupakan naik-taraf daripada HTC One X yang telah dijual sejak beberapa bulan yang lepas. Sebagai perbandingan, HTC One X+ dikatakan lebih 67% pantas dengan menggunakan cip pemprosesan 1.7GHz, serta ruangan storan yang lebih dua kali ganda, iaitu membawakan ruangan storan terbina sebanyak 64GB.
HTC One X+ juga turut dikatakan menyertakan masa bertahan bateri 50% lebih lama berbanding One X. Peranti terbaru ini turut dilengkapi dengan Android 4.1 Jelly Bean dan juga HTC Sense 4+.
Harga jualanya masih tidak diketahui lagi, tetapi dijangka akan serupa dengan One X ketika pelancaran tempoh hari.
Selain daripada HTC One X+, pihak HTC juga turut sama mengumumkan HTC Windows Phone 8X untuk pasaran Malaysia, yang akan mula dijual pada harga RM1799 bermula pertengahan bulan ini.