HTC Opera UL Dikatakan Sebagai Telefon Pintar Rasmi Untuk Facebook

HTC Opera UL Dikatakan Sebagai Telefon Pintar Rasmi Untuk Facebook

Diterbitkan pada November 3, 2012 oleh .

Adakah anda akan membelinya?Ura-ura berkaitan telefon pintar rasmi daripada pihak Facebook bukanlah sesuatu yang baru. Kini, ia kedengaran kembali, apabila ia dilaporkan yang mana peranti tersebut akan hadir daripada pihak HTC, dan dikenali sebagai HTC Opera UL buat masa ini.

Spesifikasi dan sebagainya masih tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini. Namun, daripada apa yang dilaporkan sebelum-sebelum ini, HTC Opera UL kelihatan sebagai peranti berspesifikasi tinggi, menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1.4GHz dan dilengkapi dengan cip grafik Adreno 305.

Sebelum ini, ia dikatakan peranti ini akan menggunakan Jelly Bean, serta membawakan paparan 1280×720 pixel. Sekiranya benar, mungkin ia diubah-suai serba sebanyak dengan menyertakan pelbagai aplikasi dan integrasi Facebook padanya.

Facebook sendiri, seperti Google, mempunyai pelbagai perkhidmatan mereka diintegrasikan pada laman sosial mereka, seperti emel (Facebook Messages), peta (Facebook Places), perkhidmatan permesejan, panggilan video, perkhidmatan muzik, aplikasi permainan dan banyak lagi, dimana turut mempunyai kedai aplikasi tersendiri, Facebook AppCenter. Ia tidak diketahui sama ada semuanya akan digantikan pada peranti tersebut kelak, ataupun hanya menyertakan sokongan akses pantas ke Facebook seperti HTC ChaCha sebelum ini.


TIPS & ULASAN