(Video) Perbandingan Ujian Jatuh Antara iPad Mini, iPad 3 Dan Nexus 7

(Video) Perbandingan Ujian Jatuh Antara iPad Mini, iPad 3 Dan Nexus 7

Diterbitkan pada November 3, 2012 oleh .

Dengan iPad Mini yang telah mula dijual dibeberapa negara bermula hari ini, salah satu video yang dinantikan ramai semestinya adalah video ujian ketahanan dengan menjatuhkan tablet tersebut, dan SquareTrade menjadi antara yang terawal dengan mempertontonkan video mereka.

Baca : Pandang Pertama iPad Mini

Daripada ujian yang dilakukan, berbeza dengan selalu, kali ini bantuan mesin digunakan dalam melakukan ujian dalam keadaan yang lebih selari dan setara berbanding kebiasaan.

Dari segi ketahanan, iPad Mini kelihatan membawakan binaan yang agak baik berbanding dengan iPad 3, dan menewaskan Nexus 7 dalam dua ujian, iaitu ujian ketahanan air dan juga apabila dijatuhkan pada bahagian penjuru. Tetapi, pada ujian ketahanan air, Nexus 7 bukanlah berhenti berfungsi sepenuhnya, tetapi hanya kelihatan memulakan semula peranti tersebut secara automatik, dan kelihatan berjalan tanpa masalah padanya.

Namun, apabila dijatuhkan dengan skrin menghadap ke bawah, Nexus 7 kelihatan lebih tahan berbanding dengan iPad Mini.

Buat masa ini, iPad Mini masih tidak diketahui bilakah akan memasuki pasaran Malaysia, sementara Nexus 7 dijual pada harga RM999, dan iPad 3 pada harga RM1379.


TIPS & ULASAN