Cari @ Amanz

Facebook, sebelum ini pada awal pengenalannya memfokuskan kepada pelajar universiti dan juga kolej, membolehkan mereka berinteraksi antara satu sama lain dengan baik. Dan dalam membawakan kembali penggunaan sepertinya, sebelum ini, mereka telah memperkenalkan Facebook Groups for Schools.

Apa yang membezakannya dengan Facebook Groups biasa, ia memerlukan para pengguna mempunyai alamat emel dengan domain universiti, yang mana selalunya berakhir dengan .edu. Ia juga berfungsi seperti sebuah komuniti yang besar, dimana didalam Facebook Groups for Schools, ia dibahagikan kepada pelbagai bahagian, termasuk kelas, kelab, dan pelbagai jenis komuniti kecil yang lain. Pelajar juga boleh berkongsi fail seperti nota pengajian dan sebagainya dengan mudah bersama rakan-rakan lain.

Selepas hanya eksklusif untuk Amerika Syarikat sahaja selama ini, ia memperlihatkan kolej dan universiti di Malaysia juga turut sama mula menerima sokongan untuknya, dimana salah satu pusat pengajian yang telah menerimanya adalah Universiti Multimedia Malaysia.

Daripada carian ringkas yang kami lakukan, ia kelihatan, sokongan ini bakal diperluaskan kepada lebih banyak universiti tempatan dalam masa terdekat ini. Sementara itu, sekiranya anda telah mencuba Facebook Groups for Schools ini, jangan lupa berkongsi pengalaman anda bersama kami.

TIPS DARIPADA OMAR

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd