Cari @ Amanz

Nampaknya, minggu ini boleh dikatakan minggu yang agak menarik untuk Samsung, dimana selepas mengumumkan Galaxy Note 2 yang terjual lebih 3 juta unit dalam tempoh 30 hari, kini mereka turut sama berkongsi angka jualan Galaxy S3 sehingga kini.

Menurut Samsung, jualan Galaxy S3 diseluruh dunia pada hari ini telah pun melangkaui angka 30 juta, salah satu angka yang agak tinggi dalam tempoh yang singkat.

Galaxy S3 telah dilancarkan di Malaysia pada 24 Mei yang lepas, dan sehingga kini masih menjadi antara pilihan pengguna, apatah lagi baru-baru ini Samsung Malaysia telah pun mengeluarkan kemaskini Jelly Bean untuknya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd