Cari @ Amanz

Bagi mereka yang ingin berpindah rumah dan sebagainya, salah satu perkara yang sentiasa menjadi igauan adalah bagaimana ingin menyusun perabot dan sebagainya. Kini, dengan mudah, anda boleh lakukannya melalui perisian yang dinamakan Roomeon.

Roomeon

Roomeon merupakan salah satu aplikasi percuma, yang mana perlu menggunakan internet untuk berfungsi. Selain daripada kekurangan untuk berfungsi secara offline, ia menawarkan fungsi yang amat baik sekali, dimana para pengguna boleh memilih bagaimana bilik mereka kelihatan, dan menyusun pelbagai perabot yang disediakan (kebanyakkan daripada IKEA).

Pada permulaan aplikasi ini, para pengguna terlebih dahulu akan diperlihatkan dengan tab bernama FootPrint, yang mana membolehkan anda melukis dimensi bilik anda, supaya memudahkan anda menyusun pelbagai perabot kelak padanya. Anda juga turut sama boleh memilih bentuk tetingkap, langsir, permaidani dan sebagainya melalui pilihan yang disediakan.

Bagi mereka yang sedia dalam industri rekaletak dan rekabentuk bilik, mungkin biasa melakukannya dalam aplikasi CAD, yang mana menawarkan lebih banyak fungsi tetapi pada harga yang mahal. Roomeon ini berfungsi sebagai salah satu alternatif, membolehkan sesiapa sahaja membuatnya, dan melihat model dalam bentuk 3D dengan mudah.

[amanz-gallery]

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd