Dunia Android, bukan hanya sekadar pada telefon pintar dan tablet, tetapi turut sama digunakan pada pelbagai peranti lain, dan salah satunya adalah kamera. Dan selepas melancarkan Samsung Galaxy Camera untuk pasaran global tempoh hari, kini ia turut sama akan hadir ke pasaran Malaysia dalam masa terdekat.
Cip | 1.4GHz (empat-teras) |
Sensor | 16.3-megapixel, 21x zoom optikal |
Storan Terbina | 8GB + slot mikro-SD sehingga 32GB |
Skrin | 4.8-inci Super Clear LCD |
Bateri | 1650 mAh |
Samsung Galaxy Camera ini bakal menggunakan sistem operasi Android 4.1 Jelly Bean padanya, dan disertakan bersama-sama antaramuka yang dioptimasikan oleh Samsung.
Tarikh pelancaran dan harganya juga masih tidak diketahui sepenuhnya, namun terdapat ura-ura mengatakan ia akan dilancarkan dengan kerjasama salah satu syarikat telekomunikasi tempatan.
Samsung Malaysia telah pun mula membuat promosi awal melalui halaman Facebook mereka, dan mungkin kita akan dapat mendengar berita lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.