Cari @ Amanz

Selain daripada pengenalan kemaskini umum iOS 6.0.1, Apple juga turut sama hadir dengan versi beta untuk iOS 6.1 untuk para pembangun, dimana bersama-sama dengannya, menyertakan beberapa fungsi baru padanya.

Salah satu kemaskini baru yang disertakan adalah kebolehan untuk melaporkan masalah pada aplikasi Apple Maps. Seperti semua sedia maklum, ramai pengguna yang tidak berpuas hati dengan aplikasi tersebut yang kurang tepat dan sebagainya. Dan untuk memudahkan mereka menerima maklumbalas daripada pengguna, Apple kini menyertakan butang “Report a Problem”pada bahagian tengah dengan saiz yang lebih besar.

Pada masa yang sama, sokongan pemain muzik pada skrin kekunci juga kelihatan menerima perubahan, membawakan rekabentuk kawalan yang dijarakkan lebih jauh berbanding sebelumnya.

Buat masa ini, ia boleh dikatakan kemaskini yang diperkenalkan masih lagi merupakan kemaskini kecil. Mungkin dalam hari-hari yang akan datang, lebih banyak fungsi baru yang akan dikenal-pasti dan diketahui ramai.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd