Cari @ Amanz

Sejak daripada awal tahun ini, salah satu perkara yang dinantikan ramai adalah konsol permainan baru daripada Microsoft mahupun Sony, dan kini, beberapa laporan dan ura-ura awal mula kedengaran berkenaan dengan konsol generasi akan datang daripada Sony, iaitu PlayStation 4.

Daripada apa yang diura-ura akan buat masa ini, Sony diperkatakan bakal memperkenalkan konsol terbaru mereka pada E3 2013 yang bakal diadakan sekitar Jun 2013. Buat masa ini, nama kod untuknya dikenali sebagai Orbis.

Ia diperkatakan, kelak Orbis ini akan menyertakan cip AMD A10 APU yang diubah-suai sedikit, selain menyertakan memori sebanyak antara 8GB hingga 16GB. Berbeza dengan beberapa perkara yang dikatakan sebelum ini, mengikut laporan terkini, ia dikatakan Orbis kelak akan turut menyertakan sokongan Blu-ray, dan bukannya bergantung sepenuhnya kepada versi digital semata-mata. Tambahan, ia dilaporkan kelak Orbis akan menyertakan sokongan memuat-turun pada latar, membolehkan para pemain menikmati permainan, dan pada masa yang sama mendapatkan kemaskini permainan mereka.

Sony diperkatakan akan menjadikan ia berkuasa, dan pada masa yang sama akan menawarkan ia pada harga yang lebih rendah berbanding dengan PlayStation 3 sebelum ini.

Mungkin kita akan mendengar lebih banyak perkara berkaitan dengan PlayStaion 4 dalam beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd