Carian
(Galeri) HTC One X+
November 4, 2012 Aman

[amanz-gallery]

Spesifikasi HTC One X+
Cip NVIDIA Tegra 3 1.7GHz (empat-teras)
Memori 1GB RAM
Storan Terbina 64GB
Skrin 4.7-inci Super LCD2
Kamera 8-megapixel (belakang), 1.6-megapixel (hadapan)
Bateri 2,100 mAh
Lain-lain Beats Audio, HTC ImageChip, GPS GLONASS

HTC One X+ merupakan salah satu peranti Android terbaru daripada pengeluar telefon pintar dari Taiwan ini, dimana ia merupakan kemaskini kepada HTC One X sedia ada. Ia membawakan rekabentuk yang lebih kurang sama dengan HTC One X yang diperkenalkan sebelum ini, dan membawakan spesifikasi yang lebih tinggi, serta dijana menggunakan Android 4.1 Jelly Bean.

Daripad apa yang dikongsikan pihak HTC, mereka mengatakan ia membawakan prestasi yang lebih 67% berbanding One X – beroperasi lebih pantas dengan grafik yang lebih baik, disamping membawakan masa bertahan bateri tambahan sehingga 50% berbanding generasi sebelumnya, One X.

Di Malaysia, HTC bakal melancarkannya dalam bulan ini, berkemungkinan dalam seminggu dua lagi. Harga jualan rasminya tidak diketahui lagi. Namun mengikut spekulasi, ia diperkatakan harga jualannya akan sama seperti HTC One X ketika pelancarannya tempoh hari.

Komen