Bersama-sama dengan pelancaran Windows 8 pada minggu lepas, salah satu jenis peranti yang banyak diperkenalkan oleh pengeluar adalah berbentuk tablet yang didatangkan dengan sokongan papan kekunci yang boleh ditanggalkan. Salah satu pengeluar yang hadir dengan peranti seumpamanya adalah Samsung, melalui peranti terbaru mereka, Samsung ATIV SmartPC.
[amanz-gallery]
Cip | Intel Atom Z2760 |
Memori | 2GB LPDDR2 |
Grafik | Intel Graphics Media Accelerator |
Skrin | 11.6-inci (1366×768 pixel) |
Kamera | 8-megapixel (belakang), 2-megapixel (hadapan) |
Lain-lain | S-Pen, 2 Speaker hadapan |
Pilihan Warna | Biru dan Putih |
Harga | RM2499 |
Rekabentuk Dan Kemasan
Samsung ATIV Smart PC membawakan rekabentuk dan kemasan yang agak baik, dimana ia menyertakan skrin bersaiz 11.6-inci dengan sokongan sentuhan sehinga 10 jari pada waktu yang sama. Dari segi saiz, ia boleh dikatakan agak besar untuk menggunakannya secara kasual, memandangkan saiz peranti yang agak besar. Namun, dari segi berat, ia agak ringan, dan lebih kurang serupa dengan kebanyakkan tablet yang sedia ada dipasaran.
Seperti kebanyakkan peranti Samsung, ATIV Smart PC membawakan kerangka luar yang kelihatan seperti kemasan metalik, tetapi dibina menggunakan plastik. Namun begitu, pada tangan, ia amat selesa dipegang.
Samsung ATIV SmartPC juga turut sama membawakan sokongan USB dan juga mikro-SD padanya, membolehkan anda menghubungkan pelbagai perkara padanya, termasuk kamera digital, pencetak dan sebagainya.
Aksesori Tambahan
Berbeza dengan beberapa tablet sebelum ini, Samsung menjual ATIV SmartPC pada harga RM2499 yang mana disertakan bersama-sama dengan papan kekunci boleh tanggal mereka. Perkara ini sekaligus mungkin mengembirakan ramai pengguna, memandangkan mereka tidak perlu mengeluarkan wang tambahan untuk mendapatkannya.
Samsung turut sama membawakan sokongan S-Pen pada ATIV Smart PC, dimana selain daripada penggunaan papan kekunci dan juga penggunaan skrin sentuh, para pengguna boleh menggunakan input melalui stylus khas, dinamakan S-Pen.
Perisian
Seperti semua sedia maklum, Samsung ATIV SmartPC menggunakan Windows 8 sebagai sistem operasinya, dan untuk memberikan nilai tambahan, Samsung turut sama membawakan beberapa aplikasi mereka sendiri sebagai tambahan kepada pengguna, termasuk S-Note, S-Gallery, S-Camera dan pelbagai aplikasi yang lain lagi.
Untuk memudahkan perhubungan, Samsung turut menyertakan ChatON untuk para pengguna Windows 8, membolehkan mereka berhubung antara satu sama lain, melalui aplikasi permesejan khas mereka itu.
Beli atau Tidak?
11.6-inci merupakan salah satu peranti bersaiz agak besar untuk digunakan sebagai tablet pada tangan saya
Bagi mereka yang inginkan sesuatu peranti yang mudah dibawa kemana-mana, disamping inginkan input melalui stylus dan sebagainya, mungkin ATIV SmartPC adalah salah satu pilihan yang baik, memandangkan ia bukan sahaja membawakan kebolehan untuk menggunakannya sebagai tablet, tetapi turut sama menggunakannya sebagai komputer riba (melalui penggunaan papan kekunci boleh tanggal).
Namun, sekiranya anda inginkan peranti yang memberikan pengalaman penggunaan permainan yang agak ekstrim, dan ingin melakukan kerja-kerja berat, seperti membuat pengeditan video dan sebagainya, selain bermain permainan dengan grafik tinggi, mungkin anda perlu memilih peranti lain, ataupun menantikan ATIV SmartPC Pro yang dilengkapi dengan cip Intel Core i5 memasuki pasaran tempatan.