VivoBook S400 (Core i5) | RM2499 |
VivoBook S200 (Core i3) | RM1699 |
VivoBook S200 (ULV Pentium) | RM1499 |
VivoBook S200 (ULV Celeron) | RM1399 |
Jikalau Samsung hadir dengan keluarga ATIV untuk peranti Windows 8, Asus pula mempunyai penamaan mereka tersendiri, iaitu Vivo. Dua keluarga ditawarkan oleh Asus, iaitu Asus VivoTab untuk tablet, manakala VivoBook untuk keluarga Ultrabook yang disertakan dengan sokongan skrin sentuh.
Untuk keluarga Asus VivoBook, di Malaysia, Asus menawarkan sebanyak empat pilihan, yang mana masing-masing membawakan spesifikasi rendah. Keluarga Asus VivoBook ditawarkan dalam empat pilihan, iaitu Asus VivoBook S400 yang membawakan skrin bersaiz 14-inci dengan cip pemprosesan Intel Core i5, dan juga Asus VivoBook S200 menggunakan skrin bersaiz 11.6-inci dengan pilihan tiga variasi cip pemprosesan iaitu Intel Core i3, Intel ULV Pentium dan juga Intel ULV Celeron.
[amanz-gallery]
Cip | Intel Core i5-3317U |
Memori | 4GB DDR3 RAM |
Skrin | 14-inci HD (1366×768) LED Backlit |
Grafik | Integrated HD Graphics 4000 |
Storan | 500GB SATA HDD + 24GB SATA III SSD |
Lain-lain | Bluetooth 4.0, USB 3.0 |
Rekabentuk
Salah satu perkara yang boleh dipuji adalah dimana Asus membawakan rekabentuk yang amat premium untuk komputer riba Asus VivoBook mereka. Walaupun ditawarkan pada harga yang agak murah, namun kemasan dan kualiti yang dibawakan adalah sama taraf dengan kebanyakkan komputer riba dengan harga premium
Pada masa yang sama, ia juga membawakan rekabentuk badan yang nipis, dan ringan, memudahkan pengguna untuk membawanya kemana-mana tanpa sebarang masalah, dan dalam keadaan selesa.
Sokongan Skrin Sentuh
Kesemua keluarga Asus VivoBook membawakan sokongan skrin sentuh, termasuk yang berharga RM1399. Menariknya, walaupun pada harga yang rendah, namun skrin sentuh yang dibawakan adalah pada kualiti yang sama, membolehkan pengguna mengendalikan komputer mereka menggunakannya, apatah lagi dengan Windows 8 yang dioptimasikan sepenuhnya untuk input melalui skrin sentuh mahupun papan kekunci.
Cip | Intel ULV Celeron B847 |
Memori | 2GB DDR3 RAM |
Skrin | 11.6-inci LCD (1366×768) LED Backlit |
Grafik | Intel UMA Integrated |
Storan | 500GB SATA HDD |
Lain-lain | Bluetooth 4.0, USB 3.0 |
Lain-Lain
Untuk kualiti audio pula, ia menyertakan sokongan SonicMaster, membolehkan para pengguna menikmati lagu, video, permainan dan pelbagai fail multimedia pada kualiti yang baik. Asus VivoBook juga dilengkapi dengan kebolehan untuk memulakan komputer serta-merta, seperti kebanyakkan Ultrabook di pasaran, serta sokongan SmartGesture untuk membolehkan anda melakukan pelbagai perkara dengan mudah menggunakan touchpad pada bahagian papan kekunci.
Kesemua variasi Asus VivoBook menggunakan Windows 8 (64-bit), yang mana selain daripada fungsi-fungsi menarik daripada Windows 8, ia juga turut sama didatangkan dengan beberapa aplikasi tambahan daripada pihak Asus, memberikan beberapa nilai tambahan pada komputer keluaran mereka. Namun, seperti biasa, kebanyakkannya mempunyai alternatif tersendiri pada Windows Store.
Beli atau Tidak?
Sekiranya anda sedang mencari komputer riba baru pada harga yang amat mampu milik, dan didatangkan bersama-sama Windows 8, mungkin Asus VivoBook ini adalah salah satu yang boleh menjadi pilihan, apatah lagi disertakan dengan sokongan skrin sentuh padanya, memudahkan input anda menggunakan Windows 8.
Namun, untuk makluman, versi S200 tidak membawakan sokongan grafik yang tinggi, dan hanya disokong melalui Intel UMA Integrated, manakala S400 pula dilengkapi dengan Intel HD Graphics 4000. Mungkin untuk pekerjaan pejabat asas, mahupun untuk digunakan dalam beberapa tugasan universiti, Asus VivoBook ini adalah salah satu pilihan yang baik.