Aplikasi Khan Academy Diperkenalkan Untuk Windows 8

Aplikasi Khan Academy Diperkenalkan Untuk Windows 8

Diterbitkan pada November 5, 2012 oleh .

Pembelajaran interaktif terus melalui desktop dan tablet Windows 8Bagi mereka yang gemar mengikuti pendidikan atas-talian dalam bentuk video dan interaktif, salah satu laman yang tidak boleh dilupakan semestinya adalah Khan Acedemy. Setelah sebelum ini memperkenalkan aplikasi untuk iPad, kini Khan Academy turut sama hadir dengan aplikasi rasmi untuk Windows 8.

Dari segi rekabentuk, ia menggunakan sepenuhnya elemen-elemen antaramuka Windows 8, memudahkan para pengguna untuk menggunakannya, sama ada pada tablet, mahupun melalui komputer desktop biasa.

Aplikasi Khan Academy untuk Windows 8 ini menyertakan sepenuhnya video-video yang terdapat pada koleksi mereka, dimana para pengguna boleh mempelajari pelbagai perkara, daripada Sains, Matematik, sehinggalah kepada sejarah, kewangan dan sebagainya.

Ia turut didatangkan dengan sokongan untuk daftar masuk, membolehkan anda menggunakan akaun Khan Academy dalam melakukan pelbagai latihan dan pembelajaran melaluinya.

Muat-Turun Aplikasi Khan Academy dari Windows Store


TIPS & ULASAN