Bagi mereka yang gemar merakamkan gambar menggunakan telefon pintar, mahupun kamera, salah satu perkara yang kurang digemari apabila gambar yang dirakamkan adalah kabur dan kulang jelas. Kini, dengan perisian SmartDeblur, mungkin perkara tersebut tidak lagi menjadi salah satu masalah.
Tiada lagi gambar kabur selepas ini
SmartDeblur merupakan salah satu aplikasi ringkas yang ditawarkan secara percuma oleh pembangunnya. Ia menawarkan kebolehan untuk mengembalikan kejelasan sesuatu gambar mengikut jenis masalah, iaitu Out of Focus, Motion Blur dan juga Gaussian Blur.
Pengguna terlebih dahulu perlu memilih apakah masalah pada gambar tersebut, dan kemudian melalui pemilihan jenis masalah yang betul, mereka kemudiannya boleh mengembalikan sesuatu gambar supaya lebih jelas berbanding sebelumnya.
Namun, bagaimanakah hasil akhirnya, masih bergantung kepada seseorang itu, dimana anda perlu bermain dengan slider dalam menentukan nilai sesuatu perkara, memandangkan setiap gambar adalah berbeza-beza kekaburannya.
Pembangunnya menyediakan sebuah tips dan tutorial ringkas pada awal permulaan aplikasi, membolehkan anda mengetahui terlebih dahulu bagaimanakah ia berfungsi kelak.
Walaupun hasil akhirnya mungkin tidak digemari oleh semua, dan tidak begitu cantik, tetapi, SmartDeblur merupakan salah satu perisian yang amat berguna, sekiranya anda ingin membaca sesuatu teks pada imej yang kabur dan sebagainya. Daripada percubaan kami sendiri, beberapa gambar dapat dijadikan sedikit jelas, dan sesetengahnya kurang berjaya.
- Muat-Turun Perisian SmartDeblur Untuk Windows