Muat-Turun Pelbagai Permainan Klasik Melalui JogoBox

Muat-Turun Pelbagai Permainan Klasik Melalui JogoBox

Diterbitkan pada November 5, 2012 oleh .

Walaupun dunia permainan video semakin maju dengan pelbagai permainan dengan grafik yang tinggi, namun, permainan klasik mempunyai permintaannya tersendiri, dimana ramai yang masih gemar untuk memainkannya pada komputer mereka.

Untuk memudahkan anda memainkannya, salah satu perisian yang amat berguna adalah Jogobox. Jogobox ini ditawarkan secara percuma untuk para pengguna komputer Windows, membolehkan anda memuat-turun dan memasang pelbagai permainan pada komputer dengan mudah.

Pada awal pemasangan perisian tersebut, ia akan menyertakan klien dinamakan JogoBox, memerlukan pengguna memuat-turun pelbagai permainan kegemaran daripadanya. Antara nama-nama popular yang turut tersenarai dalam JogoBox adalah termasuk Warcraft : Orcs, Command & Conquer : Red Alert, Civilization, Prince of Persia dan banyak lagi.

Namun, dari segi kekurangannya, mungkin adalah kerana sekali-sekala ia akan memperlihatkan iklan pada klien mereka. Tetapi ia tidaklah begitu menganggu, dan merupakan salah satu perkara yang dijangkajan memandangkan Jogobox diberikan secara percuma.

Buat masa ini, Jogobox disokong pada Windows XP, Vista dan juga 7. Sokongan untuk Windows 8 masih belum disertakan buat masa ini.

Muat-Turun Jogobox Untuk Windows


TIPS & ULASAN