Bina Litar Elektronik Terus Melalui Pelayar Web Menggunakan Circuits.io

Bina Litar Elektronik Terus Melalui Pelayar Web Menggunakan Circuits.io

Diterbitkan pada November 5, 2012 oleh .

Dalam pembangunan untuk perkara berkaitan elektronik, salah satu persediaan rapi yang perlu disediakan adalah rekabentuk litar tersebut. Dan dengan dunia yang kini memfokuskan kepada pelayar web, anda boleh melakukan rekabentuk litar anda terus melalui sebuah web khas – Circuits.io.

Circuits.io ini menyediakan kemudahan asas, membolehkan anda memilih jenis litar dan PCB yang ingin digunakan, dan seterusnya menyusun dan merekabentuk mengikut kehendak anda. Ia juga dilengkapi dengan sokongan membolehkan memberitahu anda sekiranya rekabentuk anda adalah salah dan tidak dihubungkan dengan baik.

Jadi, bagi anda yang berminat dengan dunia rekabentuk litar, mungkin Circuits.io adalah salah satu laman yang mungkin digemari anda, dimana disamping merekabentuk, anda juga boleh melihat rekabentuk yang dihasilkan pengguna lain padanya.


TIPS & ULASAN