Laman PayPal dan Beberapa Yang Lain Digodam Oleh Anonymous

Laman PayPal dan Beberapa Yang Lain Digodam Oleh Anonymous

Diterbitkan pada November 5, 2012 oleh .

5 November, seperti semua sedia maklum adalah hari protes sedunia, dimana hari ini, Anonymous sekali lagi hadir dengan aktiviti mereka dengan mengodam beberapa laman web terkemuka, dan salah satunya adalah PayPal, menjadikan lebih kurang 28,000 data pengguna ditiriskan ke arena Internet.

Selain daripada PayPal, beberapa laman web lain turut menjadi mangsa, seperti NBC, ImageShack dan sebagainya. Memandangkan 5 November baru sahaja bermula di beberapa negara (memandangkan faktor perbezaan masa), mungkin kita akan melihat lebih banyak laman yang menjadi mangsa pihak Anonymous.

Pihak PayPal masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi buat masa ini.


TIPS & ULASAN