Cari @ Amanz

Samsung Electronics semakin lama semakin popular di seluruh dunia, dengan kini menjadi pengeluar telefon pintar nombor satu di dunia. Dan kini, laporan awal mengatakan gergasi daripada Korea Selatan itu bakal hadir dengan penjenamaan dan logo baru pada awal tahun hadapan.

Ia diperkatakan Samsung bakal memperkenalkan identiti baru mereka itu pada CES 2013 pada bulan Januari kelak. Daripada laporan awal, Samsung diperkatakan akan meninggalkan warna biru mereka, dan hadir dengan sesuatu yang baru.

Projek penjenamaan identiti baru ini dikatakan akan diketuai oleh Scott Bedbury, yang mana turut bekerja dalam pembangunan identiti Nike dan juga Starbucks sebelum ini.

Semestinya, dengan laporan awal ini, selain daripada pelbagai gajet dan peranti yang bakal hadir pada CES 2013 kelak, identiti baru Samsung juga turut dinantikan ramai pada acara tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd