HP Menyertai Linux Foundation Sebagai Ahli Platinum

HP Menyertai Linux Foundation Sebagai Ahli Platinum

Diterbitkan pada November 5, 2012 oleh .

Selepas beberapa nama besar seperti Samsung dan juga Intel menyertai sebagai ahli Platinum di dalam Linux Foundation, kini HP turut sama menyertai badan sumber terbuka tersebut sebagai ahli Platinum yang memerlukan pelaburan sebanyak $500,000.

Dengan menjadi ahli platinum, ia membolehkan HP menyertai lembaga pengarah, serta secara langsung membantu dalam membangunkan dunia dan komuniti Linux.

HP sendiri, sebelum ini telah menyumbangkan webOS mereka sebagai Open webOS kepada komuniti sebelum ini. Sekiranya ia dibawa masuk ke dalam Linux Foundation sekali, mungkin kita akan melihat Tizen dan juga Open webOS disatukan, ataupun mencapai matlamat yang lebih kurang sama.

Tiada sebarang pengumuman berkaitan dengan Open webOS diumumkan HP buat masa ini.


TIPS & ULASAN