Microsoft Bakal Mematikan Windows Live Messenger – Memfokuskan Sepenuhnya Pada Skype

Microsoft Bakal Mematikan Windows Live Messenger – Memfokuskan Sepenuhnya Pada Skype

Diterbitkan pada November 6, 2012 oleh .

Dengan pembelian Skype oleh Microsoft tempoh hari, kini menjadikan mereka mempunyai dua klien permesejan dan komunikasi, iaitu Windows Live Messenger dan juga Skype. Dan dalam memudahkan mereka memfokuskan hanya pada satu, kini dikatakan Microsoft bakal mematikan Windows Live Messenger.

Daripada laporan awal, ia diperkatakan Microsoft bakal mematikan Windows Live Messenger dalam beberapa bulan akan datang, dan mengintegrasikannya pada Skype. Microsoft dijangka akan mengumumkan perancangan mereka berkenaan ini seawal minggu hadapan.

Skype 6.0

Mungkin perkara ini telah dirancang lama oleh Microsoft, memandangkan mereka sebelum ini telah pun sedia membawakan integrasi akaun Microsoft pada Skype 6.0 untuk Windows dan juga Mac.


TIPS & ULASAN