Cari @ Amanz

Angry Birds Star Wars bakal dilancarkan secara rasminya oleh Rovio pada hari Khamis ini, 8 November. Dan sebagai bentuk promosi terakhir sebelum ia dilancarkan secara rasminya, kini Rovio hadir dengan sebuah video khas yang memperlihatkan sepenuhnya bentuk permainan dan kawalan padanya kelak.

Seperti pada namanya, permainan Angry Birds Star Wars turut mengintegrasikan pelbagai elemen daripada filem Star Wars, membolehkan pemain mengawal watak-watak pada Angry Birds Star Wars yang dilengkapi dengan senjata dan sebagainya.

Angry Birds Star Wars ini bakal dilancarkan untuk iOS, Android, Windows Phone, Mac, PC dan juga Windows 8 pada 8 November ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd