Mungkin agak terlewat sedikit untuk melaporkannya, dan mungkin ramai yang telah sedia perasan yang mana Rakuten Malaysia yang dinantikan ramai, akhirnya telah pun mula beroperasi sejak daripada awal bulan ini, membolehkan para pengguna mendapatkan pelbagai jenis barangan terus melalui laman tersebut.
Daripada kebanyakkan jenis peralatan dan pakaian yang dijual pada laman Rakuten Malaysia, semestinya ramai yang gemar akan barangan daripada Jepun, yang mana memudahkan para pengguna mendapatkannya terus daripada pasaran Malaysia.
Bagi yang tidak mengenali akan Rakuten, ia merupakan salah satu gergasi daripada Jepun, yang mana memfokuskan kepada jualan atas-talian, dan merupakan syarikat ketiga dengan pendapatan e-dagang paling terbesar didunia.
Selain daripada barangan Jepun, Rakuten Malaysia juga turut menyenaraikan lebih 11,000 barangan tempatan padanya, disamping memudahkan pembayaran melalui penggunaan medium pembayaran tempatan, seperti Maybank2U, CIMBClicks, dan banyak lagi.
- Info
- Layari laman Rakuten Malaysia