Cari @ Amanz

Bagi mereka yang selalu membuat dan mendapatkan bantuan secara remote, salah satu perisian yang amat berguna adalah TeamViewer, membolehkan anda mengakses desktop lain, melalui komputer anda. Kini, versi TeamViewer 8 Beta telah pun hadir dengan beberapa sokongan baru.

TeamViewer 8 hadir untuk para pengguna Windows dan juga Mac, dimana kali ini pembangunnya turut sama hadir dengan versti TeamViewer Touch untuk Windows 8, dan ditawarkan terus melalui Windows Store.

Antara fungsi baru yang hadir pada TeamViewer 8 adalah sokongan untuk mencetak secara local daripada sambungan remote, kebolehan rakaman bunyi dan video, serta membolehkan anda memberikan akses kepada rakan anda sepenuhnya untuk sesuatu sesi.

Seperti biasa, TeamViewer 8 adalah percuma untuk para pengguna persendirian.


© 2024 Amanz Media Sdn Bhd