Komputer AIO Daripada Dell – XPS One 27 Turut Dilancarkan Di Malaysia

Komputer AIO Daripada Dell – XPS One 27 Turut Dilancarkan Di Malaysia

Diterbitkan pada November 6, 2012 oleh .

Bersama-sama dengan komputer riba Dell XPS 12, pihak Dell Malaysia juga hari ini secara rasminya melancarkan komputer desktop semua-dalam-satu mereka, iaitu Dell XPS One 27, dimana seperti pada namanya, ia membawakan skrin bersaiz 27-inci.

Spesifikasi Dell XPS One 27
Cip Intel Core i5 / i7
Memori Sehingga 16GB RAM
Skrin 27-inci Full QHD (2560×1440)
Storan Sehingga 2TB

Di Malaysia, Dell XPS One 27 ini bermula daripada harga RM4999, manakala pilihan desktop lain, Dell Inspiron One 23 pula ditawarkan pada harga bermula RM3549. Kedua-duanya dijana menggunakan Windows 8.

Bagi mereka yang gemarkan skrin bersaiz besar, mungkin Dell XPS One 27 yang dilengkapi dengan sokongan skrin sentuh ini adalah salah satu pilihan yang baik, dimana ia turut menyertakan skrin dengan resolusi 2560×1440. Ia turut diseertakan dengan pelbagai sokongan media yang baik padanya.

Namun, dari segi kekurangan, harga jualannya mungkin agak tinggi bagi para pengguna yang ingin menggunakannya di rumah mahupun diuniversiti. Apatah lagi sokongan grafik padanya tidak tinggi.


TIPS & ULASAN