Opera 12.10 Dilancarkan Dengan Sokongan Extension Yang Lebih Baik

Opera 12.10 Dilancarkan Dengan Sokongan Extension Yang Lebih Baik

Diterbitkan pada November 6, 2012 oleh .

Hari ini, Opera Software telah pun mengeluarkan versi terbaru pelayar web desktop mereka, iaitu Opera 12.10 yang mana membawakan beberapa fungsi baru bersama-sama dengannya untuk pengguna Windows 8 dan juga Mac OS X.

Opera 12.10 membawakan peningkatan sokongan untuk SPDY, sekaligus membawakan kepada kepantasan membuka sesuatu halaman.

Pada sistem operasi Windows, pelayar web ini menyertakan sokongan untuk pinch-to-zoom menjadikan ia lebih mesra untuk digunakan pada skrin sentuh. Untuk Mac pula, ia kini membawakan sokongan integrasi pada Notification Center dan juga sokongan paparan Retina.

Sokongan Extension pada Opera 12.10 adalah lebih baik padanya, menjadikan para pengguna menambah sebarang perkara kegemaran dengan mudah pada pelayar web mereka, daripada sokongan sosial, sehinggalah pelbagai perkara penting padanya.

Muat-Turun Opera 12.10


TIPS & ULASAN