Penganalisa Gartner sering hadir dengan pelbagai ramalan berkaitan dunia teknologi, dan terkini mereka mengatakan kelak pada tahun hadapan, dunia akan melihat sebanyak 1.2-bilion peranti mudah-alih terjual.
Pada masa yang sama, Gartner turut meramalkan sebanyak 820 juta peranti pintar telah terjual pada tahun ini.
Angka ini mungkin hampir tepat, memandangkan Microsoft sendiri melalui Windows 8 turut memfokuskan pasaran peranti mudah-alih, disamping pelbagai peranti dengan platform baru dijangka akan hadir pada tahun hadapan, termasuk yang berasaskan Tizen dan juga Firefox OS.
Dari segi sistem operasi pula, Gartner meramalkan, menjelang tahun 2016 kelak, Windows daripada Microsoft akan menduduki tangga ketiga, dan didahului oleh Android dan juga iOS. Namun, memandangkan ia merupakan analisa awal, mungkin berubah bergantung kepada angka jualan yang berjaya dicapai oleh Microsoft untuk Windows 8 dan juga Windows Phone 8 mereka.
Menjelang tahun 2016 juga, Android dikatakan akan memegang majoriti besar dalam penggunaan peranti pintar dalam perusahaan, disamping turut sama popular dikalangan pengguna individu.