Cari @ Amanz

Umum sedia maklum mengenai beberapa laman web jual-beli dengan diskaun, seperti Groupon dan sebagainya. Namun, mungkin ramai yang tidak meminati pembelian melalui talian, dan lebih meminati pembelian secara fizikal. Dan untuk menyelesaikannya, salah satu web berguna yang dilancarkan baru-baru ini adalah Baucar.

Baucar, seperti pada namanya, menyediakan baucar secara digital, membolehkan anda mendapatkan diskaun ke atas pembelian terus daripada kedai yang menyertainya dengan hanya memperlihatkan baucar digital terus melalui telefon pintar anda.

Ia disediakan dalam bentuk web dan juga aplikasi, dimana buat masa ini ditawarkan untuk pengguna Android dan juga iOS. Baucar menggunakan sokongan geolokasi, membolehkan ia mengetahui lokasi semasa anda, dan mencadangkan lokasi dan promosi berdekatan dengan anda.

Buat masa ini, bilangan kedai yang menyertainya masih terhad, dan juga lebih menumpukan kawasan bandar utama. Namun, mungkin ia akan berubah tidak lama lagi dengan lebih ramai menyertainya dari hari ke hari.


© 2024 Amanz Media Sdn Bhd