Apple Bercadang Untuk Menghentikan Penggunaan Cip Intel Pada Mac?

Apple Bercadang Untuk Menghentikan Penggunaan Cip Intel Pada Mac?

Diterbitkan pada November 6, 2012 oleh .

Bloomberg hari ini melaporkan yang mana Apple kini sedang berkira-kira untuk mengantikann penggunana cip Intel pada komputer Mac keluaran mereka, dan sebagai gantinya, menggunakan teknologi cip mereka tersendiri, yang mana telah sedia digunakan pada iPhone dan juga iPad keluaran mereka.

Namun, ia tidak akan digantikan dalam masa terdekat. Dari tahun ke tahun, teknologi cip keluaran mereka semakin berkuasa tinggi, dan mungkin dalam beberapa tahun lagi, ia akan sedia digunakan pada komputer keluaran mereka.

Walaupun perkara ini semestinya menguntungkan pihak Apple, namun mungkin akan memberikan serba-sedikit memberikan kesan kepada Intel.

Paling terkini, cip keluaran Apple, iaitu A6X membawakan kuasa pemprosesan dua kali ganda daripada A5X, yang mana turut menyertakan sokongan grafik dan masa pemprosesan yang lebih baik. Cip ini digunakan pada iPad generasi keempat yang dilancarkan baru-baru ini.


TIPS & ULASAN