Microsoft Sedang Membangunkan Tablet Untuk Permainan? Xbox Surface?

Microsoft Sedang Membangunkan Tablet Untuk Permainan? Xbox Surface?

Diterbitkan pada November 6, 2012 oleh .

Xbox Surface – tablet gaming bersaiz 7-inciSelain daripada ura-ura berkaitan dengan Surface Phone, kini laporan terbaru mengatakan yang mana gergasi perkomputeran, Microsoft sedang dalam pembangunan tablet bersaiz 7-inci mereka yang memfokuskan kepada permainan video, dipanggil sebagai Xbox Surface buat masa ini.

Xbox Surface ini diperkatakan akan menggunakan cip pemprosesan khas berasaskan ARM, dan turut dilengkapi dengan penggunaan RAM yang disesuaikan untuk permainan. Ia kelak akan turut sama menjalankan sebuah versi sistem operasi khas yang berasaskan kepada kernel Windows. Beberapa sokongan seperti permesejan dan fungsi asas tablet turut dikatakan akan disokong, namun Xbox Surface ini bakal memfokuskan sepenuhnya pada permainan video.

Sekiranya laporan dan ura-ura awal ini adalah benar, mungkin kita kelak akan melihat Xbox Surface diumumkan, sebelum pelancaran konsol Xbox baru. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN