Instagram buat masa ini, masih eksklusif untuk para pengguna Android dan juga iOS, namun terdapat beberapa klien desktop, dan terkini, salah seorang pembangun membawakan Instago, sebuah klien Instagram dengan rekabentuk yang menyerupai aplikasi asal untuk para pengguna Nokia N9.
Instago hanya membawakan sokongan untuk mengakses profil, komen, dan melihat gambar daripada rakan-rakan. Ia tidak menyokong sebarang kebolehan untuk memuat-naik gambar ke Instagram buat masa ini. Sokongan menghantar komen dan juga notifikasi masih belum disertakan, dan mungkin akan diperkenalkan pada masa akan datang.
Instagram sendiri masih tidak diketahui bilakah akan memperkenalkan klien rasmi mereka untuk platform yang lain. Beberapa ura-ura mengatakan ia akan hadir ke Windows Phone, namun tiada sebarang komen rasmi daripada pihak Instagram berkaitan dengannya sehingga kini.
- Muat-Turun Aplikasi Instago Untuk Nokia N9