Microsoft Mengesahkan Skype Akan Mengantikan Windows Live Messenger

Microsoft Mengesahkan Skype Akan Mengantikan Windows Live Messenger

Diterbitkan pada November 7, 2012 oleh .

Seperti mana yang dilaporkan semalam, kini Microsoft secara rasminya telah pun mengesahkan perkara ini melalui kemaskini pada blog Windows Live, mengatakan Windows Live Messenger akan dihentikan perkhidmatannya di semua negara, kecuali China dalam masa beberapa bulan lagi.

Bersama-sama pengumuman ini, pihak Microsoft turut sama mengalakkan pengguna Messenger untuk berpindah ke Skype, dimana Skype melalui versi terkini telah pun sedia mengintegrasikan sokongan akaun Messenger padanya.

Microsoft menambah, mengatakan Skype bakal menawarkan penggunaan yang lebih menarik, dan kelak akan berfungsi bersama-sama Outlook.com. Ia juga memberikan pelbagai nilai tambah kepada pengguna Messenger, memandangkan Skype telah pun sedia terdapat pada pelbagai jenis peranti, termasuk Android dan juga iOS.


TIPS & ULASAN