Cari @ Amanz

Dengan pelancaran Windows 8 tempoh hari, bilangan aplikasi yang dihantar oleh pembangun untuk disertakan ke Windows Store turut sama meningkat secara positif, dimana kini ia diperkatakan telah pun menghampiri angka sebanyak 13,000 aplikasi.

Namun, buat masa ini, tidak kesemua aplikasi yang diterbitkan untuk digunakan oleh pengguna seluruh dunia, dan sesetengahnya masih eksklusif untuk para pengguna di Amerika Syarikat, mahupun sesetengah negara yang lain. Untuk menikmatinya, para pengguna dengan mudah boleh mengubah tetapan mereka dan mengakses aplikasi yang dikhaskan untuk sesuatu negara dengan mudah.

Buat masa ini, Microsoft masih belum mengeluarkan sebarang angka rasmi berkaitan dengannya, dan mungkin menantikan suatu angka yang lebih menarik, seperti 100,000 dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd